Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Sunday, June 28, 2009




Aktiviti Seni Silat Sendeng SK Ramuan China kechil

Gelanggang cawangan ini pada asasnya melatih asas seni silat sendeng itu sendiri kepada kanak-kanak. Namun yang demikian, keahlian di gelanggang ini juga tetap dibuka kepada setiap golongan usia. Kelas latihan gelanggang ini baru sahaja dibuka pada bulan Mac 2009. Cikgu Masrizal adalah orang yang bertanggung jawab membuka dan mendidik adik-adik kecil ini untuk mengenal asas silat Sendeng Malaysia yang telah dipelajari dari Cikgu Mahfuz (Gelanggang Parit penyengat, Parit jawa Muar) dan seni silat gerak pusaka jati di Muar kepada mereka terutamanya teknik beladiri tangan kosong. Penerapan kepada senjata-senjata melayu tradisional dalam Seni Silat Sendeng Malaysia akan diberikan sekiranya adik-adik kecil ini telahmenguasai sendeng 3 bulan kelak.

Kelas latihan di jalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari isnin dan selasa bermula pada jam 4 hingga 6 petang. Di atas dasar mendidik supaya adik-adik sendeng junior ini berani untuk tampil kehadapan, mereka telah dilatih untuk membuat beberapa persembahan dan menyertai pertandingan pencak silat seni sekolah-sekolah negeri Melaka pada bulan jun 2009. Adik-adik ini dapat membuat persembahan sulung mereka dengan melakukan lela sembah dengan memakai baju sekolah agama semasa Mesyuarat PIBG sekolah walaupun mereka baru mempelajari langkah tersebut dalam masa 2 minggu sahaja (baru 4 kali latihan). Persembahan kedua adalah semasa sambutan hari guru peringkat sekolah dengan mengkengahkan demo lela sembah, pecah 4 dan 6 serta tarian seni solo dan tempur (untuk pertandingan silat seni sekolah peringkat negeri melaka).


Dengan alatan gendang silat, Alhamdulillah mereka juga berjaya membuat persembahan ketiga pada malam kebudayaan perkhemahan sekolah. Walaupun tiada lagi murid yang dapat meniup serunai, namun gendang silat sendeng malaysia dapat diiringi dengan ketukan vibrafon selain dapat menambahkan seri gendang tersebut. Terima kasih En Samsuddin (PSSSM caw.Seremban) kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjaga salah satu alatan tersebut. lepas ni mereka akan berjuang di pertandingan pencak silat sekolah-sekolah negeri melaka. Sama-sama kita doakan kejayaan buat mereka. Amin.


(harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan)

PDVD_000.BMP

Sunday, June 14, 2009

Pesilat Sendeng akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiran untuk mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kaki ataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali sebagai gerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.
Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu memahami konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul. Konsep mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.

Konsep mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti yang ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."

Aktiviti -aktiviti gelanggang - Gelanggan Bukit Gadong, Paya Dalam

pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang bersedia untuk menyerang.


, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat mengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapi musuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang, pantas, berani, berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada kita.

Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan



Sendeng juga mengamalkan falsafah 'haram di sentuh'. Haram bukan dari segi agama tetapi haram yang dimaksudkan ialah tidak dibenarkan sama sekali pukulan sendeng disentuh atau ditangkap. Bagi Seni Silat Sendeng pukulan lebih pantas dari kunci kerana pukul sendeng bukan pukul bermalam dan diterangkan di dalam falsafah berbunyi "Belum sempat nak tangkap dah terlepas, sorong kena tarikpun kena."


Teknik beladiri di dalam Seni Silat Sendeng lebih menekankan kepada cirri-ciri praktikal dan keberkesanan. Ini digambarkan oleh falsafah yang berbunyi "Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya bonyok. Pukulnya hodoh, kena lodoh." dan "Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya tepat."

Sendeng menekan pergerakan yang hidup "Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati, ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya."



Di dalam Seni Silat Sendeng setiap teknik pergerakan adalah hidup seperti falsafah yang berbunyi 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'. Setiap serangan yang dimulakan ia akan berlapis-lapis sebab pesilat sendeng dilatih melakukan dua kerja serentak.