Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Sunday, October 19, 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
PIHAK ADMIN MEMOHON BERIBU KEMAAFAN KERANA BLOG INI TELAH LAMA TERTANGGUH DISEBABKAN BANYAK PERKARA YANG PERLU DIKEMAS KINI SERTA PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI SUPAYA PERGURUAN SENI SILAT SENDENG DAPAT BERGERAK DAN BERTEMPAT DI MELAKA.
MAKA DENGAN INI , BLOG INI AKAN DIPULIHKAN SEMULA DAN BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN GAMBAR AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2013 HINGGA 2014






 MAJLIS KHATAM, PERHIMPUNAN PERDANA TAHUN 2013 DAN PENGISYTIHARAN PERSATUAN
 MUZAKARAH BERSAMA RAKAN SILAT LAIN TENTANG MASA HADAPAN SILAT DI MELAKA
 JOHAN KESELURUHAN SILAT SENI SEKOLAH SEKOLAH NEGERI MELAKA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH TAHUN 2014
 PERSEMBAHAN MAJLIS PERKAHWINAN DI MERATA TEMPAT

 PERHIPUNAN BERSAMA SILAT-SILAT LAIN SELURUH MALAYSIA

Friday, January 21, 2011

Pendaftaran Ahli Baru

Kepada yang berhampiran dengan Ramuan China Kechil, Lubok China Alor gajah Melaka,
Jika berminat menyertai Seni Silat Sendeng Malaysia, boleh hubungi
En Masrizal Rahmat (013-7302010)
En Faizul Izhar-Belia Inovatif Ramuan China (0176659303)
BERSAMA MEMELIHARA
WARISAN PUSAKA BANGSA DAN NEGARA

Monday, December 6, 2010

Persembahan Seni Silat Sendeng Malaysia Gelanggang Taman Maju, Jasin...sempena majlis perkahwinan....

Sekitar Majlis Perkahwinan...



Ketibaan Tuan Yang Terutama negeri Melaka

Ketibaan pasangan pengantin














Tetamu kenamaan T.Y.T Melaka

Friday, December 3, 2010

GAMBAR GAMBAR DI MAJLIS KHATAM SEKOLAH MENENGAH MAAHAD THAFIZ CHENDERAH, JASIN, MELAKA.

UCAPAN DARI CIKGU KAMAL BAHRIN YANG MERUPAKAN CIKGU YANG MENGAJAR SILAT DI SEKOLAH MAAHAD THAFIZ CHENDERAH.


PAK ALI MERUPAKAN KETUA BAGI KUMPULAN GENDANG SILAT BAGI PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA.


SIREH, KAPUR, GARAM DAN ASAM JAWA, DAN JARUM MERUPAKAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MAJLIS IJAZAH TAMAT SEBAGAI TANDA SIMBOLIK.


UCAPAN DARI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MAAHAD THAFIZ CHENDERAH, DI MANA BELIAU JUGA MERUPAKAN AHLI LAMA PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA.

ANAK - ANAK SENDENG SEKOLAH MENENGAH MAAHAD THAFIZ CHENDERAH


MAJLIS IJAZAH DILAKUKAN OLEH GURU UTAMA KEPADA SALAH SEORANG ANAK SENDENG DI SEKOLAH TERSEBUT.

UCAPAN DARI GURU UTAMA PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA







SEBAGAI TANDA SIMBOLIK

TAHNIAH ANAK ANAK SENDENG SEKOLAH MENENGAH MAAHAD THAFIZ CHENDERAH, JASIN, MELAKA.














Thursday, October 21, 2010

Monday, October 18, 2010

Lembut Sendeng penuh muslihat


"... Inilah sumpah perjuangan untuk watan dan bangsa merdeka dan perjuangan untuk watan adalah perjuangan suci. Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat"
-Dato' Haji Abdul Ghani Othman


APABILA beberapa gerak silat sendeng diadaptasikan dalam senaman J-Robik ciptaan Kerajaan Johor, ia menyerlahkan betapa gerakan lembut seni mempertahankan diri Melayu ini, sebenarnya penuh dengan muslihat dan ketangkasan.

Perguruan ini mengutamakan ketangkasan serta mengatur langkah pada kadar 99 peratus menyerang dan satu peratus menunggu. Keunikannya terletak pada lenggok gerakan yang lembut berserta adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang pada posisi mengiring.

Kuda-kudanya juga berbeza daripada persilatan lain kerana kedudukan menyendeng berupaya menutup keseluruhan bahagian dada dan perut. Pesilat sendeng juga harus memahami konsep ibu pukul selain menguasai teknik mematikan gerak dan pukul untuk mendahului serangan lawan.

Terdapat dua gerakan dalam silat sendeng iaitu gerakan halus yang dikenali sebagai ‘gerak’ dan gerakan kasar yang dipanggil ‘gayang’. Ia seperti satu falsafah yang dipegang oleh pembimbing utamanya, Allahyarham Abdul Hamid Hamzah iaitu “gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku”.

Allahyarham yang berasal dari Sungai Mati, Muar mempelajari ilmu persilatan ini sejak usia lima tahun daripada nenda-nendanya.

Beliau mempunyai nenda yang mahir dalam ilmu persilatan dan kependekaran seperti Hassan Mahat yang terkenal dengan kemahiran bermain senjata dan Tamam Dagang yang memang terkenal dengan ilmu kebalnya.

Usaha hampir 58 tahun memperkenalkan seni silat sendeng kepada masyarakat Melayu membuahkan hasil apabila persilatan ini dikenali di seluruh Malaysia dan mempunyai ahli aktif di daerah Muar, Segamat dan Pontian.

Dari sudut fizikal, kedudukan menyendeng membantu menyelamatkan tujuh bahagian anggota utama yang sering menjadi sasaran lawan seperti muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk, perut dan kemaluan.

Melalui cara menyendeng juga memudahkan si pesilat untuk mengatur langkah sama ada hendak ke hadapan, mengundur, bersedia untuk memukul mahupun menepis serangan. Posisi itu turut membentuk rahsia ‘lam alif’ yang melindungi jantung, ulu hati serta kemaluan.

Pesilat diajar pelajaran belebat (pelebat), kuntau (pecahan/langkah), buang pukul, tarian dan permainan alat silat.

Keris, parang, pedang, tekpi, tumbuk lada serta lambung digunakan dalam seni silat sendeng ketika pesilat membuat persembahan mahupun bertempur. Persembahannya turut diiringi pukulan gendang, gong dan tiupan serunai.

Selain memperolehi ilmu beladiri, silat sendeng mampu menanam sifat disiplin serta sabar dalam diri seseorang, sekali gus mahu menggalakkan pembelajarannya di kalangan wanita.


Dato' Haji Abdul Ghani Othman
http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=573&Itemid=52