Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Friday, January 23, 2009

Sejarah Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia

Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam. Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit. Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari. Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim. Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar'. Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al - Fatihah.

4 comments:

  1. sendeng tujuh hari sememangnya hebat.berapa lamakah masa yang diambil untuk menguasai sendeng tujuh hari dan bilakah ilmu ini akan diturunkan kepada anak anak sendeng?adakah mengikut hati seseorang ataupun kehebatan seseorang atau mengikut pilihan guru?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya ahli silat sendeng umur saya 12 tahun.saya amat meminati pukulan sendeng tujuh hari tetapi saya belum mempelajarinya lagi.

    ReplyDelete