Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah

Friday, August 21, 2009

aktiviti penutup sempana menghormati ramadhan Al Mubarok

ANAK ANAK SENDENG DARI
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMUAN CHINA KECHIL.








ANAK ANAK SENDENG DARI
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMUAN CHINA KECHIL.


Wednesday, August 19, 2009

PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA - CAW. MELAKA.

MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA
KEPADA ANAK - ANAK SENDENG DIMANA - MANA SAHAJA.

Tuesday, July 28, 2009

PERTANDINGAN SILAT SENI KATEGORI SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA.

Anak-anak Sendeng Malaysia Jr. SK Ramuan China Kechil johan keseluruhan sekolah rendah negeri Melaka di Kejohanan Pencak Silat Sekolah Negeri Melaka.

Salam sendeng semua. Pada Khamis (9 Julai 2009) yang lalu, Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia SK Ramuan China Kechil telah menghantar beberapa orang peserta ke pertandingan tersebut di SMK Munshi Abdullah. Alhamdulliah di atas berkat doa semua dan izin Yang Maha Esa, para peserta telah mengukir sejarah sekolah dimana kali pertama menyertai pertandingan tersebut dan memenagi pertandingan dengan merangkul johan keseluruhan ketegori sekolah rendah. Butiran kategori adalah seperti berikut:

Seni tari solo Putera: (Johan)

-Muhammad Fareez bin fauzi

Seni tari solo Puteri:

-Siti Nurhanis Bte Senin

(tarik diri - Demam Panas, Insya'allah cuba tahun depan)

Seni tempur putera: (Naib johan)

-Muhd Adireza Firdaus bin Ishak

-Asrim Fahimie bin Hasrul Hisam

Seni tempur puteri: (Johan)

-Siti Nurnajihah bte Othman

-Nurfazira bte Yusuf

Seni Gendang Silat (berentap dengan sekolah menengah): Tempat ketiga

-Muhd Zaharif Nazmi

-Muhd Helmi Bujang

-Muhd Afendi Firdaus

-Azleyshah

-Aiman(bawang puteh)

Oleh yang demikian ada 3 orang peserta akan menyertai kontinjen mewakili negeri Melaka ke pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada 2 hingga 7 Ogos akan datang.

Terima kasih Cikgu Norazah, Cikgu Nasri, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang teribat secara langsung atau tidak langsung. Sekali lagi iringan doa diharapkan agar mereka pulang serta mengharumkan nama Melaka dan Seni Silat Sendeng Malaysia Melaka khususnya.



Video Klip Semasa Pertandingan



BUKA GELANGGANG



Seni tari solo Putera



Seni tempur putera



Seni tempur puteri




TUTUP GELANGGANG

Monday, July 27, 2009

PERTANDINGAN SILAT SENI KATEGORI SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA.

Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Ramuan China Kecil menjuarai keseluruhan silat seni kategori sekolah rendah melaka yang menwakili Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia. Mereka telah dilatih oleh Cikgu Masrizal. Tiga orang pesilat akan ke kebangsaaan iaitu solo putera dan tempur puteri pada 2hb hingga 6hb ogos di tasik titiwangsa, Kuala Lumpur.













Sunday, July 19, 2009

Renungan Bersama....

KATA-KATA SILAT


Falsafah atau kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi. Ia dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.

Falsafah biasanya akan dipendengarkan kepada pesilat -pesilat semasa menjalani latihan mengikut peringkat-peringkatnya.

Di antara falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah :-


" kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba.Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat,ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "

" Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila. "

" Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita. "

" Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang. "

" Yang memukul itulah di pukul,

Yang menyerang itulah yang diserang,

Yang menyakitkan itulah yang disakitkan. "

" Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati,

ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya,

ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada

pembukanya. "

" Dalam terang ada cahaya, dalam gayang ada gerak

dalam gerak ada kilau, dalam seni ada halus dan

dalam gerak ada bayang. "

" Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba,

langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan

aku. "

" Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia

datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia

sepikul. "

" Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya

bonyok.Pukulnya hodoh, kena lodoh. "

" Pat pat siku lipat. "

" Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup. "

" Belum sempat nak tangkap dah terlepas, soromg

kena tarikpun kena. "

" Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya

tepat. "

" Sendeng haram di sentuh. "

" Gerak Gayang Pantas Berani. "

" Penamat belajar mengelak, tak payah mengelak.

Penamat belajar menepis, tak payah menepis.

Selayang Pandang....part 2

Thursday, July 16, 2009

PEJUANG KEMERDEKAAN


MAKAM DOL SAID

ADA kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832. Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka. Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib adalah demi membela tanah air, penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut. “Mungkin ia disebabkan ‘keramat’ atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan,” katanya. Beliau berkata, selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional. Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Penghulu Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832. Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 - maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada negeri kecil Naning pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional. Mengimbas perjuangan tokoh kebebasan tanah air itu, Dr Abdullah menjelaskan bahawa ia berlaku atas semangat cintakan tanah air di kalangan penduduk Naning yang diketuai pemerintahnya iaitu Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said. Mereka bersatu padu menentang usaha British untuk menjajah negeri mereka. “Dol Said ketika itu adalah pemerintah Naning iaitu sebuah negeri yang berjiran dengan Melaka; walaupun jawatannya adalah penghulu atau digelar Datuk Seroja Merah mengikut adat pepatih, tetapi tarafnya menyamai raja dan sultan. “Beliau dilahirkan pada 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang iaitu satu daripada dua suku yang bergilir memegang jawatan Penghulu Naning, selain suku Biduanda,” katanya. Tokoh pahlawan itu dilantik sebagai Penghulu Naning kesembilan ketika berusia hanya 26 tahun.

Rentetan sejarah perjuangan penduduk Naning terhadap kuasa penjajah sudah berlangsung dalam tempoh yang lama membuktikan semangat nasionalisme anak watan sememangnya disemai generasi demi generasi. Apabila Portugis menjajahi Melaka sekitar abad ke-16, Naning sering menyerang penjajah itu yang berkubu di negeri jiran mereka. Begitu juga apabila Belanda mengalahkan Portugis lalu mengambil alih pemerintahan Melaka pada abad ke-17, mereka turut diserang penduduk Naning. Peperangan berdasarkan negeri jiran mereka iaitu Melaka dijajahi rakyat asing dan sebagai negeri berjiran, Naning sering diganggu kuasa asing itu. “Seterusnya British mengadakan perjanjian bersyarat dikenali Perikatan London dengan Belanda pada 1824 iaitu British akan menyerahkan pemerintahan mereka di Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British,” katanya.

Sejak itu, British menguasai dan memerintah Melaka dan bermulalah kisah persengketaan dan perjuangan suci antara Dol Said dan pengikutnya dengan kuasa asing itu, demi mempertahankan tanah air merdeka mereka iaitu Naning. “Sebelum itu pada 1801, ketika British memerintah Melaka sementara dari Belanda ketika Perang Napoleon, satu perjanjian sudah dibuat Naning yang diwakili Penghulu Dol Said dan empat ketua suku dengan British, disebabkan Naning adalah negara jiran kepada Melaka yang dikuasai British. “Antara syarat perjanjian itu adalah Naning perlu menghantar satu persepuluh daripada hasil pertanian mereka kepada British. Sebelum ini pun Naning ada menghantar hasil pertanian mereka kepada Belanda sebagai tanda persahabatan. “Dan apabila British memerintah, Naning bersetuju menghantar bahagian itu sebagai kelangsungan tanda persahabatan dengan Melaka (British) tetapi British pula menganggap Naning menghantar hasil itu disebabkan Naning tunduk kepada kekuasaan mereka,” katanya.