Tari sembah lela secara berkumpulan menjadi pembuka persembahan dalam pertunjukkan Silat Sendeng di majlis tersebut.Walaubagaimanapun hanya gambar ini yang dapat ditunjukkan kerana kamera penulis telah kehabisan bateri.....Gambar akan ditambah jika ada sumbangan dari ahli lain yang hadir pada majlis tersebut.
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah
Sunday, April 26, 2009
Majlis Perkahwinan anak Tok Alang...
Tari sembah lela secara berkumpulan menjadi pembuka persembahan dalam pertunjukkan Silat Sendeng di majlis tersebut.Walaubagaimanapun hanya gambar ini yang dapat ditunjukkan kerana kamera penulis telah kehabisan bateri.....Gambar akan ditambah jika ada sumbangan dari ahli lain yang hadir pada majlis tersebut.
Thursday, March 12, 2009
Aktiviti - aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan di Caw. Taman Maju
Sunday, January 25, 2009
Berita Aktiviti PSSSM - MELAKA 2009 : AHAD 25 JAN 2009
MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI RUMAH CIKGU YUSOP DI TANGKAK, MUAR - SEMPERNA MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA.
cikgu Yusop, beliau merupakan jurulatih Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia di cawangan tangkak, Muar
Pasangan pengantin telah disambut dengan sembah lela
Permainan gendang silat dimainkan oleh kumpulan gendang silat dimana terdapat beberapa alat muzik telah dimainkan iaitu seperti gendang ibu, gendang anak, gong dan serunai.
Beberapa alunan gendang atau lagu telah dimainkan semasa persembahan silat iaitu seperti gendang perang, sendayung dan sebagainya.
Beberapa alunan gendang atau lagu telah dimainkan semasa persembahan silat iaitu seperti gendang perang, sendayung dan sebagainya.
Friday, January 23, 2009
Sejarah Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia
Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji HamzahPenggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam. Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit. Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari. Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim. Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar'. Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al - Fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)






















